...
DR NORSUHAIDA CHE MUSA

Pensyarah kanan di Universiti Sains Islam Malaysia. Beliau menggalas tanggungjawab sebagai Penyelaras Klinik Guaman Fakulti Syariah dan Undang- Undang (2019-2022)

Dr Norsuhaida Che Musa merupakan seorang pensyarah kanan di Universiti Sains Islam Malaysia. Beliau menggalas tanggungjawab sebagai Penyelaras Klinik Guaman Fakulti Syariah dan Undang-Undang (2019-2022) untuk menyediakan platform rujukan bagi masyarakat yang menghadapi isu-isu perundangan sivil dan Syariah dengan memberikan konsultasi Percuma. Platform bersama komuniti adalah semangat altruism yang diterapkan pada diri dan juga anak didiknya untuk terus menjadikan klinik guaman sebagai wadah untuk membantu masyarakat.

Berdasarkan pengalaman dan pendedahan dalam bidang perniagaan, beliau menggunakan pengalaman marketing dan sales untuk menjadikan dirinya sebagai The Lady Legalpreneur. Atas kepercayaan bahawa masyarakat perlu diberi kesedaran maka beliau bergabung kepakaran dari peguam dan pakar perundangan untuk memberi khidmat kepada komuniti melalui aktiviti keusahawanan sosial.

Menulis merupakan medium pemasaran yang professional. Itulah passion beliau untuk mendidik masyarakat melalui penulisan konten atau penulisan popular. Beliau menulis di dalam Harian Metro, Astro Awani, e-book, jurnal dan juga penulisan bab dalam buku.

Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.